Ukur Bahan - Menentukan Kos Binaan
Bersama Mohd. Yahya Mohamed Ariffin
PERKEMBANGAN pesat industri pembinaan bangunan, kilang-kilang dan perumahan memerlukan ramai tenaga profesional dalam bidang ukur bahan.
Walaupun kerjaya ini kurang menonjol seperti jurutera atau arkitek, namun peranannya amat penting dalam menjayakan setiap aktiviti pembinaan.
Seorang juruukur bahan terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan dari peringkat awal sehingga ke peringkat penyelesaian akaun terakhir.
Juruukur bahan sentiasa bekerjasama dengan kumpulan perundingan reka bentuk bagi memastikan kejayaan sebuah projek binaan.
Antara tugas yang dijalankan oleh juruukur bahan termasuk memberi nasihat di peringkat perancangan tentang kos yang terlibat dalam pembangunan yang dicadangkan. Mereka juga menyediakan kajian untuk menyelidik sama ada rancangan pembangunan itu akan menguntungkan atau merugikan.
Juruukur bahan juga bekerjasama dengan kumpulan pereka bentuk bagi menentukan setiap elemen bangunan yang dicadangkan itu berpadanan dengan peruntukan kewangan, di samping menyediakan akaun penamat bagi sesebuah projek binaan.
Kursus yang ditawarkan di universiti bertujuan melatih dan mengeluarkan juruukur bahan dan pembantu teknik ukur bahan yang cekap dan bertanggungjawab kepada masyarakat.
Kursus ini juga cuba membawa pelajar mengenali dan memahami peranan setiap ahli kumpulan binaan yang berkaitan dengan kerja-kerja binaan seperti juruukur bahan, arkitek, jurutera struktur, elektrik dan mekanikal, kontraktor dan pembekal.
Seperti bidang-bidang lain, pengetahuan di bidang komputer, matematik dan statistik turut diajar kepada pelajar kerana ia merupakan pengetahuan sokongan dalam membantu seorang juruukur bahan meningkatkan kecekapan serta ketepatan mutu kerja mereka.
Peluang pekerjaan dalam bidang ukur bahan amat cerah. Sejak kebelakangan ini jumlah permintaan terhadap juruukur bahan melebihi penawaran yang dapat dikeluarkan oleh universiti tempatan.
Pada masa ini negara mempunyai hampir 1,200 juruukur bahan. Menurut Prospektus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjelang tahun 2020, negara memerlukan sejumlah 14,000 juruukur bahan bagi menampung kehendak yang diperlukan oleh sebuah negara maju yang berdaya saing seperti Malaysia.
Berdasarkan perangkaan ini dan perkembangan bidang tugas struktur bahan, peluang pekerjaan dalam profesion ini amat luas.
Peluang-peluang pekerjaan banyak terdapat sama ada di sektor awam atau swasta.
Antara jabatan yang memerlukan juruukur bahan termasuk di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Majlis Tempatan, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran dan institusi pengajian tinggi.
Sementara di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan di firma perunding ukur bahan, bank dan institusi kewangan, firma insurans, firma pemaju binaan, firma kontraktor binaan, dan badan-badan korporat.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Meminati profesion ini
(ii) Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan statistik
(iii) Mahir menggunakan komputer
(iv) Sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan masa
(v) Boleh melakukan kerja-kerja penyelidikan
SYARAT MENCEBURI BIDANG INI
Untuk menjadi seorang juruukur bahan, seseorang itu harus memiliki Ijazah Sarjana Muda Juruukur Bahan dari universiti tempatan atau luar negara. Di sektor swasta, untuk menjadi seorang juruukur bahan, calon harus memiliki sekurang-kurangnya diploma serta pengalaman bekerja di bidang ini.
Untuk menjadi seorang juruukur bahan profesional individu itu perlu mendapat pengiktirafan dari Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dan Pertubuhan Juruukur Malaysia.
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Pada masa ini universiti tempatan yang menawarkan kursus ini ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat sarjana muda dan diploma. (Tambahan: Peringkat sijil di jalankan di politeknik awam.)
Kursus ini juga boleh diikuti di universiti-universiti luar negara seperti di United Kingdom dan Australia.
Terdapat juga kolej-kolej swasta yang menawarkan kursus ini sama ada di peringkat sijil atau diploma.
SYARAT YANG DIPERLUKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN
Pelajar perlu lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mendapat lima kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik. Di UTM untuk mengikuti program ini, calon perlu mengikuti melalui program Integrasi Ukur Bahan.
Untuk mengikuti pengajian ini di UiTM, pelajar perlu lulus SPM dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kimia dan Sains untuk peringkat diploma dan kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda.
Calon STPM boleh memohon ke UiTM untuk mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda. Syaratnya calon perlu lulus C Pengajian Am serta dua B - bagi mata pelajaran Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Geografi atau Lukisan.
Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Ukur Bahan di UM dan USM calon perlu lulus SPM/SPMV dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Matematik dan Fizik serta lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Ekonomi, Sejarah, Geografi atau Lukisan.
Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Ukur Bahan di UM dan USM calon perlu lulus SPM/SPMV dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Matematik dan Fizik serta lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon juga perlu lulus STPM dan mendapat prinsipal yang baik khususnya mata pelajaran Matematik, Fizik, Kimia/Biologi, Ekonomi/Sejarah/Geografi dan Lukisan.
Selain itu, pelajar juga boleh mengikuti kursus ini melalui program ijazah luar negara anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA. Pelajar perlu lulus peperiksaan SPM serta kepujian yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia/ Biologi serta beberapa mata pelajaran lain.

Kalau UiTm bawah BQSM x?
ReplyDeleteHaah
Deletemasih active ke blog ni ya?sy ada persoalan
ReplyDeleteMacam tidak
Deletesaya tengah mencari seorang fresh graduate diploma ukur bahan. 01116222355
ReplyDeleteSaya baru hbs diploma bulan 7 aritu
Deleteok x...mcm mana dgn peluang pekerjaan
Delete