menentukan kos-ukur bahan

Ukur Bahan - Menentukan Kos Binaan

PERKEMBANGAN pesat industri pembinaan bangunan, kilang-kilang dan perumahan memerlukan ramai tenaga profesional dalam bidang ukur bahan.

Walaupun kerjaya ini kurang menonjol seperti jurutera atau arkitek, namun peranannya amat penting dalam menjayakan setiap aktiviti pembinaan.

Seorang juruukur bahan terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan dari peringkat awal sehingga ke peringkat penyelesaian akaun terakhir.

Juruukur bahan sentiasa bekerjasama dengan kumpulan perundingan reka bentuk bagi memastikan kejayaan sebuah projek binaan.

Antara tugas yang dijalankan oleh juruukur bahan termasuk memberi nasihat di peringkat perancangan tentang kos yang terlibat dalam pembangunan yang dicadangkan. Mereka juga menyediakan kajian untuk menyelidik sama ada rancangan pembangunan itu akan menguntungkan atau merugikan.

Juruukur bahan juga bekerjasama dengan kumpulan pereka bentuk bagi menentukan setiap elemen bangunan yang dicadangkan itu berpadanan dengan peruntukan kewangan, di samping menyediakan akaun penamat bagi sesebuah projek binaan.

No comments:

Post a Comment